Untuk pengetahuan semua, aku juga menggunakan keta myvi. Kereta myvi juga seperti kereta lain masa kini yang mana menggunakan sistem immobilizer dimana cip yang terdapat dalam 'shell' kunci kereta akan berhubung dengan sistem immobilizer supaya enjin kereta dapat start. Jika kunci hilang, kita masih mempunyai kunci pendua. Jadi, untuk mengelakkan berlakunya kesulitan pada masa depan, anda hendaklah membuat pendua lagi. Tetapi anda hanya boleh membuat pendua di Perodua sahaja. Kosnya memang mahal. mungkin boleh mencecah RM200 keatas.
![]() |
kunci myvi |
![]() | ||
Kunci Myvi kosong |
![]() |
Cip Pada Kunci Myvi |
Jika anda seorang optimis, anda sebenarnya boleh membuat salinan kunci beserta cipnya sendiri. caranya sangat mudah. Anda hanya perlu mempunyai kunci myvi yang sudah ada cip dan satu device untuk membolehkan cip disalin.
Hanya 5 minit ianya dapat digunakan tetapi anda perlu potong kunci tersebut di kedai kunci dahulu. Proses 5 minit tersebut hanyalah untuk menyalin cip sahaja. Cara ini hanya berkesan jika anda masih mempunyai kunci pendua yang original.
Jika anda kehilangan kunci kereta myvi, anda tidak perlu risau jika ada orang terjumpa kunci tersebut dengan bertujuan tidak baik kerana anda boleh batalkan kunci yang hilang tu dengan menggunakan device yang saya maksudkan tadi. Jadi jika anda mengulangi proses penduaan tersebut, maka kod pada cip akan bertukar. Hanya kunci yang baru boleh guna. Tidak perlu tukar sistem kunci baru.
Begitu juga dengan remote lock..ianya lagi senang prosesnya.
Jika anda hendak tahu lebih lanjut, sila hubungi saya. Hanya pemilik kereta myvi sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakkan salahguna dilakukan.