Yakjuj
dan Makjuj adalah dua bangsa manusia yang akan muncul ketika dunia hampir
kiamat untuk melakukan kejahatan dan kerosakan dasyat di muka bumi ini.
Bangsa-bangsa ini dikatakan telah wujud sejak ribuan tahun lalu tetapi mereka
dikurung di suatu lokasi rahsia oleh seorang pemerintah silam iaitu Zulkarnain.
Sejak dikurung di lokasi tersebut, mereka terus hidup dari satu keturunan
hingga ke keturunan yang lain sehinggalah tibanya waktu pembebasan mereka iaitu
menjelang hari kiamat.
Sejak kewujudan bangsa-bangsa
tersebut di ketahui umum, pengkaji terus-menerus mencari jawapan kepada
pelbagai persoalan mengenai kehidupan mereka serta lokasi misteri yang
mengurungi bangsa tersebut. Siapa sangka di sebalik kemajuan ketamadunan yang
menghasilkan banyak bandar-bandar besar dibina di seluruh dunia, masih wujud
bangsa misteri di satu lokasi yang menjadi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj
dan lokasi itu telah pun berjaya dijumpai pada hari ini bersama benteng atau
temboknya.
Dalil Al Quran mengenai Yakjuj
dan Makjuj Kewujudan Yakjuj dan Makjuj adalah suatu yang pasti dan wajib
diimani oleh seluruh umat Islam berdasarkan tanda-tanda besar sebelum tibanya
hari kiamat. Kewujudan bangsa ini diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi
firman-Nya di dalam kitab suci Al-Quran.
Antaranya, menerusi surah al-kahfi, ayat ke-92
hingga 98, Allah swt berfirman: Sehingga apabila ia sampai di antara dua
gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain)
tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain,
sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh
itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil
pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan
mereka?" Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan
daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku
dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka
sebuah tembok penutup yang kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul
besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan
antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata:
"Tiuplah dengan alat alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya
merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya
aku tuangkan atasnya". Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan
mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain:
"Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji
Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku
itu benar". Setelah dikurung oleh Zulkarnain, Allah swt menceritakan pula
mengenai kebangkitan bangsa Yakjuj dan Makjuj, pada hari-hari terakhir dunia sebelum
kiamat.
Yakjuj dan Makjuj akan turun ke
dunia melalui puncak-puncak gunung tinggi. Menerusi surah al-Anbiyaa’, ayat
ke-96 dan 97, Allah swt berfirman: (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila
terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari
tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari
kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang
kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya
Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami
daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang
menganiaya diri sendiri". Tembok Yakjuj Dan Makjuj Telah Terbuka
("…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…"; al-Kahfi:97) Ayat ini telah
menyatakan bahawa mereka tidak dapat menebuk tembok tersebut. Beribu-ribu tahun
Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada sesiapa pun yang mampu menebuk
tembok itu melainkan apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj
dilepaskan.
Sebaliknya, di dalam satu hadis
pula ada menceritakan iaitu Nabi bangkit dari tidur (dalam satu riwayat yang
lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi), lalu berkata, "Celakalah
Arab kerana kejahatan telah hampir. Yakjuj dan Makjuj telah menembusi tembok seluas
ini!" Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari
telunjuk. Cuba kita perhatikan, hadis diatas ini telah menyatakan bahawa tembok
itu "telah pun ditembusi" tetapi bagaimana pula dengan ayat 97 surah
al-Kahfi yang menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj "tidak dapat
menebuknya"? Makna terhadap ayat 97 surah al-Kahfi ini adalah, tiada satu
makhluk pun di seluruh alam ini mampu menebuk tembok tersebut kecuali dengan
keizinan Allah swt manakala makna hadis diatas pula adalah, Allah swt telah pun
melepaskan mereka dan mereka telah pun berjaya menebuk tembok tersebut melalui
keizinan Allah swt. Kesimpulannya ialah, bangsa Yakjuj dan Makjuj sudah lama
terlepas keluar ke dunia luar! (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).
Bencana Di Sebalik Gunung Puncak
gunung yang dikatakan sebagai tempat Yakjuj Makjuj akan turun di akhir zaman
nanti adalah di pergunungan Caucasus dan juga banjaran-banjaran tinggi di
sekitar Mongolia, Kazakhstan dan juga Russia Selatan contohnya seperti banjaran
Himalaya, Tien Shan, Elbruz, dan lain-lain. Banjaran-banjaran yang tinggi itu
merupakan tembok semula jadi ciptaan Allah swt sebagai penghalang daripada
ancaman dashyat Yakjuj dan Makjuj dan selebihnya pula adalah tembok-tembok
ciptaan manusia sendiri iaitu Tembok Besi Iskandar Zulkarnain di Fergana,
Tembok Besar China, Gerbang Besi Tiemen Kuan, Tembok Derbend di Gunung
Caucasus, Tembok Gorgan di Iran Utara dan Tembok Kota Zeng Zhou (segala
kebenarannya hanyalah milik Allah swt).
Tembok-tembok inilah yang dikatakan
telah menyekat serangan Yakjuj dan Makjuj terhadap penduduk terdekat suatu
ketika dahulu. Selain dari kisah sejarah Tembok Besi Zulkarnain, pernahkah anda
meneliti sejarah mengenai tujuan pembinaan Tembok Besar China? .
Sejarah telah mencatatkan bahawa puak-puak nomad Mongol (diyakini sebagai suku
kaum Yakjuj) dan puak-puak nomad Turkik (diyakini sebagai kaum Makjuj) telah
lama mengganggu dan menyerang ketenteraman penduduk di China lalu Tembok Besar China dibina
bagi menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj daripada mencoroboh masuk! Perhatian,
Tembok Besar China
bukanlah tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Sesetengah pengkaji Islam
menyatakan bahawa Tembok Besi Zulkarnain diyakini berada di Tasik Toktogul di
sekitar banjaran Tien Shan, di Fergana (segala
kebenarannya hanyalah milik Allah swt).
Dalam surah Al-Kahfi ayat ke-90
ada menyatakan bahawa Zulkarnain tiba ‘di tempat terbitnya matahari’ yang mana
lokasinya adalah di Timur bumi. Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar,
Khazar dan juga Mongol iaitu di sekitar selatan Russia,
Mongolia serta Kazakhstan.
Sesetengah ulama' juga ada menceritakan bahawa bangsa itu telah lama dikurung
di kawasan Asia Tengah.
Mengikut hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Ahmad, ciri-ciri suku kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan seperti orang
Asia Tengah iaitu berkulit kuning, bermuka bulat, dan tidak ubah seperti bangsa
Scythian Asiatik (Mongol = Yakjuj) dan Scythian Eropah (Russia Selatan =
Makjuj). Hipotesis yang paling kuat buat masa ini telah menyatakan bahawa
memang mereka la bangsa itu (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt.)
SUMBER DIPEROLEH DARI:
http://www.jomkenalislam.my/2012/05/fakta-mengenai-yakjuj-dan-makjuj.html
No comments:
Post a Comment